Aspiration International Secondary School (AISS) hari ini mengumumkan bakal menganjurkan satu pertunjukan amal, 'Alice Through The Looking Glass' yang bertujuan untuk mengutip dana sumbangan yang akan disalurkan kepada dua pertubuhan amal penting di Malaysia iaitu Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Menurut Pengerusi AISS, Oon Eu Jin, institusi itu menekankan sokongan dan kepercayaan yang kuat terhadap usaha murni dalam aktiviti khidmat masyarakat. Jesteru, selain dari kecemerlangan setiap pelajarnya, AISS turut fokus dalam usaha murni membantu mana-mana organisasi dan pertubuhan amal selainmenyemai kesedaran kepada para pelajar AISS diperingkat awal.
"Pertunjukan amal yang bakal dianjurkan ini menyediakan dua tujuan iaitu mengumpul dana dan kesedaran untuk organisasi amal kebangsaan ini, serta membangunkan kemahiran yang relevan dalam diri pelajar," jelas Oon Eu Jin.
Pertunjukan amal AISS, 'Alice Through The Looking Glass', menjanjikan sebuah pengalaman yang benar-benar ajaib. Dengan menyatukan komuniti dalam menyokong NASOM dan NCSM, acara ini bertujuan untuk mengumpul kutipan sebanyak RM 10,000 untuk setiap NGO tersebut serta memupuk masyarakat yang lebih inklusif, di mana individu dan keluarga yang terjejas oleh autisme dan kanser menerima sokongan yang mereka perlukan.
Acara tersebut akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Februari 2024, di Teater KuAsh di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun, TTDI. Terdapat dua masa tayangan, dari 1:00 PM hingga 3:00 PM dan dari 4:00 PM hingga 6:00 PM. Tiket berharga RM 100 setiap satu.
Orang ramai yang berminat untuk menonton persembahan amal ini boleh memilih sama ada untuk membeli tiket secara dalam talian atau secara fizikal dari dua lokasi yang ditetapkan:
Aspiration International Secondary School di TTDI
Aspiration International Primary School di Plaza Damansara Utama.
Sementara itu bagi mereka yang berminat untuk membuat sumbangan untuk persembahan dan menyokong usaha murni ini, boleh menghubungi talian +60126775777 atau layari laman sesawang AISS untuk bantuan dan bimbingan lanjut. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
Nama akaun: Aspiration Education Services Sdn Bhd
Nombor akaun: 564801654229
Bank: Maybank
Rujukan: Persembahan Amal
Comments