AEON baru-baru ini telah menganjurkan AEON Fashion Preview edisi Feb 2023 bagi memperkenalkan koleksi terbaru jenama dibawahnya di Bangunan Pengajian Seni Kreatif, Kompleks Ilham, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Sinonim dengan keunikan penganjurannya, pihak AEON sebelum ini telah menganjurkan acara seumpama ini di dalam MRT yang sedang bergerak dan di tapak jualan trak makanan bagi menyampai dan menegaskan mesej astetik jenamanya yang relevan untuk semua peringkat umur tidak mengira rupa dan saiz badan.
AFP edisi kali ini menampilkan 3 personaliti gaya hidup aktif iaitu pengamal yoga Angela Quah, atlit 'traceurs' atau parkour, Syafiq Aiman dan peluncur 'skateboard' tersohor yang juga merupakan pemilik syarikat Sibling Skateboards, Fuad Abdullah atau dikenali ramai sebagai Foo Art.
Jenama Innercasual atau nama singkatannya IC kali ini mengetengahkan koleksi pakaian yang dapat memaksimumkan keselesaan untuk gaya hidup aktif. Koleksi terbaru IC ini menggabungkan teknologi 'smart fabric' serta nilai harga yang berpatutan, ia diperbuat dari 100% kain kapas yang semestinya ringan dan tahan lasak. IC direka khas bagi mengurangkan bau badan dan anti bakteria serta memberi perlindungan UV dan kuasa penerapan yang sangat tinggi.
Sementara itu, jenama AEON sendiri yang semakin digemari ramai iaitu Puteri dan GUY'S VISION kali ini mengetengahkan koleksi siluet abadi yang mudah dipadankan dengan hampir apa sahaja. Pakaian koleksi Puteri dan GUYS VISION direka khas untuk daya tahan lama serta mudah dijaga. Gayakan denggan apa jua majlis atau OOTD sekeluarga, ia pasti menjadi topik perbualan ramai.
GALERI
Setelah menempah kejayaan menerusi kolaborasi bersama pereka fashion terkenal sebelum ini , AEON kini tampil bersama pereka fesyen FIZIWOO yang mengetengahkan koleksi eksklusif untuk Lebaran 2023. Koleksi ini mengekalkan motif berbunga yang mengamit kenangan zaman kanak-kanak, dengan memaparkan 5 set motif bunga berbeza terdiri dari bunga Chempaka, Orked, Seri, Dahlia dan Mawar yang telah disulam dengan teliti.
Setiap set eksklusif ini dihias dengan tandatangan WooFizWoo. Sementara itu, koleksi Kandis Kurta tahun ini mengekalkan kurta berbutang depan dan kolar bulat serta 2 poket tepi dengan 8 warna inspirasi Lebaran boleh dimiliki dengan harga RM159.
Penolong Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada yang hadir bagi merasmikan AFP Edisi Feb2023 berkata “AEON sentiasa membuka ruang kolabarasi dan pecaya kolaborasi seumpama ini bukan sahaja terhad kepada segmen fesyen sahaja malah ia akan berkembang ke segmen peralatan kelengkapan rumah, peralatan dapur dan juga pinggan mangkuk. Jadi, nantikan ruangan ini dan mari turut bersama kami,” jelasnya.
AEON turut memaparkan hasil kerja dari tiga graduan UiTM iaitu Siti Fathimah Md Hanapi, Syazwani Zafirah Saari dan Muhammad Aiman Ajwad Baharudin. Mereka bertiga akan berpeluang bekerja bersama penata gaya tersohor, Abu Shaef Hamza dalam memahami citarasa pengguna bagi segmen pakaian sedia-pakai (ready-to-wear), serta peluang bekerja dan melancarkan idea ciptaan baru mereka khas untuk AEON.
Ketua Pemasaran dan Ketua Kumpulan Barang Niaga AEON, Low Ngai Yuen berkata ”AEON amat mengalu-alukan anak-anak muda yang rajin serta mempunyai cita-cita tinggi dalam memartabatkan dunia fesyen.
"Ini bukan sekadar hubungan gabungan antara industri dan pihak akademik malah kami amat komited bagi membentuk kepelbagaian dalam industri yang telah sekian lama wujud. Ini sejajar degan mantra kami dalam membuka dan memberi laluan kepada mereka. Jadi kami turut berbangga dan berbesar hati graduan UiTM dapat turut hadir hari ini,” jelasnya
Acara AFP 2023 Edisi Februari yang berlansung baru-baru ini juga boleh ditonton melalui platform media sosial dibawah:
Videos (IG | TikTok)
AFP Feb 2023 Promo: https://www.instagram.com/p/CpE4ViLvWoN/ | https://vt.tiktok.com/ZS8xLwLRK/
Pre-event (BTS): https://www.instagram.com/reel/CpJ8Y8buWu1/ | https://vt.tiktok.com/ZS8xLT6X4/
Event highlights: https://www.instagram.com/reel/CpRb2o_Ll-W/ | https://vt.tiktok.com/ZS8xLoE85/
Highlights & Engagement shorts:
Post-event pics (IG & FB):
https://www.instagram.com/p/CpNQsbYPpxt/ OR https://www.facebook.com/aeonretail.my/posts/pfbid02kBQWZsZ69cvwbjMFQxU16g3kuR2rKFgjYdUSoefbsG4rCMQMRQ8wwJytKtfNL81i l
Comments