top of page
Writer's pictureMYB

AEON Fashion Preview 2022 (AFP22) Tampil Koleksi Terbaru Pereka Tempatan

Memilih lokasi unik yang menjadi tumpuan pengunjung menjamu selera di ibu kota, AEON berjaya merubah Tapak Urban Street Dining KL menjadi pentas peragaan apabila pusat beli belah terkemuka tersebut mengadakan acara AEON Fashion Preview 2022 (AFP22) yang memperkenalkan empat koleksi ekslusif fesyen membabitkan pereka terkenal tempatan.


Koleksi terbaru pakaian 'street wear' oleh Neonate x Guys’ Vision di peragakan di pentas AFP 2022 baru baru ini

Pentas peragaan pada malam itu dimeriahkan dengan peragaan fesyen membabitkan koleksi pakaian 'street wear' oleh Neonate x Guys’ Vision , koleksi pakaian santai rekaan Scarlet Loungewear, serta koleksi sedondon terkini dari Ti:Zed untuk pasangan serta koleksi terbaru sempena Tahun Baru Cina dengan menampilkan tema zodiak arnab untuk sambutan 2023.


Lebih menarik koleksi kali ini turut meraikan elemen positiviti dan yakin diri bagi semua pihak dengan memilih supaya mereka bergaya untuk diri sendiri berbanding berusaha memuaskan hati orang lain.


AEON menerusi AFP22 mahu menyemai rasa yakin dalam kalangan pelanggan mereka dalam berfesyen serta dapat memilih koleksi yang selesa serta pada harga berpatutan.


GALERI


Suasana pertunjukan fesyen pada malam itu turut dihangatkan dengan persembahan oleh Orang-Orang Drum Theatre, Yonnyboii serta Aruel Ariel yang menyampaikan lagu secara langsung sambil mengiringi model memperaga fesyen.


Turut dilancarkan pada pertunjukan tersebut ialah koleksi khas sempena Tahun Baru Cina 2023 ‘AEON tù-gether with White Rabbit’, both AEON’s SCAR dan innerCasual.


Ketua Pegawai Pemasaran dan Merchandise AEON Co. (M) Bhd, Low Ngai Yuen berkata usaha itu juga bertujua mempromosikan masyarakat yang lebih inklusif dan aman damai serta meraikan semua peringkat secara sama rata serta bertanggungjawab dalam semua aspek ekosistem.

0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page