KUALA LUMPUR – Penyanyi, usahawan, dan jurulatih bertauliah, Nourul Depp, sekali lagi diberi kepercayaan untuk menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026.

Program di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ini dijadualkan berlangsung di Tamu Hotel Kuala Lumpur hari ini hingga 18 Oktober 2026.
Pemilihan ini memperkukuhkan lagi misi beliau dalam membantu golongan wanita membina semula keyakinan diri melalui platform pembangunan peribadi yang diasaskannya, iaitu Firetalk.

Mengulas mengenai kritera pemilihan tokoh dalam program PERANTIS, Nourul menjelaskan bahawa program ini beroperasi seperti sebuah platform mentoring untuk berkongsi kejayaan serta pengalaman hidup bersama para peserta:
“Tokoh dia pilih tokoh wanita yang dia nak tengok keberjayaan wanita tu apa yang kita boleh mentorkan orang. Sebenarnya macam program mentor-mentee lah ni. So kejayaan yang kita ada dalam kehidupan diri sendiri dan apa jua bidang yang kita buat.”
Beliau turut menekankan perbezaan peranannya sebagai pembentuk program pembangunan diri holistik berbanding tokoh-tokoh lain yang mewakili bidang berbeza seperti keselamatan, kesihatan, dan seni kraftangan:
“Nourul punya kes pula ialah mengenai pembentukkan program… apa yang saya nak buat adalah saya nak sampaikan semua tentang pembangunan diri. Jadi ada sedikit perbezaan lah.“
Menjelaskan mengenai pendekatannya yang unik, Nourul berkongsi pandangannya berhubung kepentingan kesedaran holistik dalam program pembangunan diri:
“Firetalk ni program pembangunan diri, tapi pendekatan saya sedikit lain. Firetalk ianya tentang keseluruhan, holistik. Sebab kita selalunya tak fokus tentang emosi kita, fizikal kita, sedangkan apa yang ada dalam kepala kita tu selalunya merosakkan emosi dan juga fizikal.”
Beliau turut menambah peranannya sebagai panduan untuk membimbing wanita mengenali potensi diri:
“Jasi saya disini untuk menjadi cahaya, untuk memberitahu, ‘No, kena buat macam ni, kena macam ni, macam ni’ berdasarkan apa yang saya belajar… dengan Tony Robbins, diselami dengan pengalaman hidup.“
Mengulas lanjut mengenai pemilihan modul yang diketengahkan kepada para perantis, Nourul menekankan kepentingan elemen kecerdasan emosi dan minda:
“Untuk program perantisan ini saya… bila saya dapat jadi tokoh wanita perantis, saya hanya pilih enam modul yang utama. Enam yang utama iaitu modul yang pertama tu tentang minda kita, kedua, emotional intelligence… orang dulu-dulu suka kata ‘use your brain’. Brain ni memanglah bagus, hebat, tapi brain kita tu banyak memberikan rasa ketakutan akan sesuatu.”
Beliau turut menekankan kepentingan menangkis ketakutan demi membina keberanian.
Selain penglibatannya dalam program PERANTIS, Nourul turut memberi ‘teaser’ mengenai perancangan showcase akan datang bertajuk For You di Pulau Pinang pada Disember 2026. Sidang media lanjut akan diadakan dalam masa terdekat.

Program Firetalk hari ini turut dirasmikan oleh Wakil Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, KPWKM. Menurut JPW bagi tahun 2026, KPWKM telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi pelaksanaan program PERANTIS dengan sasaran melibatkan seramai 80 pemimpin wanita dan 4,000 peserta di seluruh negara.
Melalui penglibatan ini, Nourul berharap agar mesej transformasi minda dan emosi ini dapat disampaikan dengan berkesan kepada lebih ramai wanita agar mereka tidak terus dibentuk oleh ketakutan mahupun masa lalu.

