Ikuti Kami:

Mereka Kini Ratu Malaysia! Kenali 13 Pemenang Universe Earth International 2026

Mereka Kini Ratu Malaysia! Kenali 13 Pemenang Universe Earth International 2026

Pemenang Mrs Earth Malaysia 2026; Sheila Lee dan  Mrs Earth Malaysia Barat 2026; Yang Raimi

 

KUALA LUMPUR – Pentas ratu cantik dan peragaan tempatan menyaksikan detik bersejarah apabila 13 gelaran utama dimahkotakan pada Malam Kemuncak Universe Earth International 2026 yang berlangsung meriah pada 29 Ogos lalu di HXC Grand Ballroom, United Point Mall, Kuala Lumpur.

Acara anjuran Target Wellness & Event Management di bawah pimpinan pengasasnya, Ammetta Malhotra Bergin, itu menghimpunkan barisan wanita berkaliber yang bakal menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai kategori pertandingan kelestarian alam, fesyen, serta model berprestij.

Mereka Kini Ratu Malaysia! Kenali 13 Pemenang Universe Earth International 2026

Pemenang Ms. Earth 2026; Usha Periasamy  dan Ms. Earth West Malaysia 2026; Tharshini J Ganes bersama penyampai anugerah masing-masing.

 

Dominasi Kategori Utama Mrs. & Ms. Earth Malaysia

Gelaran Mrs Earth Malaysia 2026 yang menumpukan advokasi alam sekitar dan pemerkasaan wanita disandang oleh Sheila Lee, seorang pemimpin perniagaan hartanah dan pembuat roti profesional dari Kota Kinabalu, Sabah, yang turut merangkul anugerah Bakat Terbaik.

Manakala gelaran Mrs Earth West Malaysia 2026 diraih oleh Yang Raimi, Penolong Naib Presiden Perolehan dari Pulau Pinang.

Bagi kategori Ms Earth Malaysia 2026, mahkota kemenangan menjadi milik Usha Periasamy, aktivis penjagaan haiwan dari Terengganu yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Perniagaan.

Kategori Ms Earth West Malaysia 2026 pula dimenangi oleh Tharshini J Ganes, pelajar akhir jurusan undang-undang, model, dan profesional pemasaran dari Skudai, Johor.

Mereka Kini Ratu Malaysia! Kenali 13 Pemenang Universe Earth International 2026

Juara Mrs Elite Earth Malaysia 2026; Rowena Sophia Cathiresoo dan Mrs Elite Earth West Malaysia 2026; Logkeswery Mallnaidu

 

Kategori Elite, Classic & Top Model Earth

Persaingan kategori Mrs Elite Earth Malaysia 2026 menyaksikan Rowena Sophia Cathiresoo, seorang Eksekutif Kewangan dari Johor, muncul sebagai juara. Sementara gelaran Mrs Elite Earth West Malaysia 2026 diraih oleh Logkeswery Mallnaidu dari Kuala Lumpur, yang turut membawa pulang anugerah Pakaian Kebangsaan Terbaik.

Juara Top Model Earth Malaysia 2026, Navenassri Balakrishnan dan Top Model Earth West Malaysia 2026; Sanjanaa Poovaragan

 

Pertandingan Top Model Earth Malaysia 2026 yang menilai kemahiran peragaan (runway) dan promosi fesyen lestari menyaksikan keunggulan Navenassri Balakrishnan (Kuala Lumpur) sebagai juara Top Model Earth Malaysia 2026. Mahkota Top Model Earth West Malaysia 2026 pula disandang oleh Sanjanaa Poovaragan (Pulau Pinang).

Bagi kategori keagungan wanita matang, mahkota Mrs. Classic Universe Malaysia 2026/27 menjadi milik pengusaha hotel dari Kuala Lumpur, Sunita Kaur @ Sunita A. R. Subbaraman, manakala Dr. Raja Zalinda Raja Jamil meraih tempat kedua.

Pemenang Mrs. Classic Universe Malaysia 2026; Sunita Kaur @ Sunita A. R. Subbaraman  & Mrs. Grand Classic Universe 2026; Mona Shewandas bersama para penyampai anugerah masing-masing serta penganjur.

 

Kategori Mrs. Classic Universe West Malaysia 2026 dimenangi oleh Premasha Ravindran (Johor) dan mahkota Mrs. Grand Classic Malaysia 2026 diraih oleh Mona Shewandas (Kuala Lumpur).

Mereka Kini Ratu Malaysia! Kenali 13 Pemenang Universe Earth International 2026

Pemenang Supermodel Universe Malaysia 2026; Pavitra Ravibalan dan Supermodel Universe International (Malaysia) 2026; Nicole Panashe Tatai

Pavitra & Dhanush Juara Super Model Universe Malaysia

Pentas peragaan kelas atasan menyaksikan Pavitra Ravibalan (Selangor) dinobatkan sebagai juara wanita Supermodel Universe Malaysia 2026, manakala Dhanush Daxe (Pulau Pinang) merangkul gelaran juara lelaki. Kedua-dua mereka bakal menggalas cabaran negara ke peringkat akhir Super Model Universe 2026 di China akhir tahun ini.

Sementara itu, Nicole Panashe Tatai dari Zimbabwe diumumkan sebagai pemenang Supermodel Universe International (Malaysia) 2026.

Juara kategori lelaki Supermodel Universe Malaysia 2026; Dhanush Daxe

 

Barisan pemenang dipilih secara saksama oleh panel juri profesional yang diketuai oleh Carol Lim bersama barisan tokoh industri seperti Vimala Pappu, Carl Graham, Ishmael Brima Koroma, Sharimala Mary Ann, Datin Kelvin Dhillon, Kasthuri Muniandy, Chelsea Colette, Miu Miu Ng Wee Mian, Savita Angadi, Durgashini Naidu, dan Jurisha Deepasharni.

Acara malam kemuncak tersebut dikendalikan oleh tiga pengacara iaitu Rhenu Bhuller, Thalia Thin, dan Yuwen Syaaran. Meskipun berdepan masalah kesihatan kritikal beberapa hari sebelum acara, komitmen Ammetta Malhotra Bergin memastikan keseluruhan program berjalan lancar menerusi persembahan tarian berimpak tinggi bersama barisan peserta.

Loading...